Wednesday, 8 February 2017

1st year undergraduate student







"As time passed by, it will get harder dear.." 

Untuk 1 tahun pertama, pelbagai halangan ujian dan cabaran aku tempuh. Baik dari segi pelajaran, kawan dan soal diri sendiri. Sumpah susah. Tipu kalau aku cakap senang. Masa remaja aku habis digunakan jauh dari keluarga dan kampung. Jujur aku takut.. sangat takut. Aku seperti keseorangan berjuang. Berjuang untuk tidak kepada putus asa. 

Untuk 1 tahun pertama, aku banyak juga berubah. Aku banyak juga jatuh. Aku banyak juga lalai. Saat aku menulis ini, aku tertanya-tanya, adakah pernah aku kecewa dengan diri aku sendiri. Kadang aku ego. Dalam diri aku angkuh mengaku aku bagus, aku tak buat salah, yang salah orang lain, bukan aku saja selalu jahat, apa aku fikir hanya aku betul, aku saja yang patut disimpati. Ego. 

Untuk 1 tahun pertama, penyakit terbesar aku adalah lalai. Aku hilang arah. Bukan lupa tuhan. Tapi itu kenyataan. Solat hanya tinggal solat. Doa hanya tinggal doa. Iqra' hanya tinggal Iqra. Tiada yang luar biasa selain kewajipan. Dalam ingatan, semuanya dunia. Sentiasa. Sentiasa. Sentiasa. Masa habis hanya dengan dunia yang tak memberi apa-apa langsung. Bila ditimpa beratnya masalah, menangis tak sudah momohon-mohon doa supaya dimudahkan. MALU aku saat ini. Hari makin hari, hati aku kering. Dan aku mula rindu aku yang dulu. 

Untuk 1 tahun pertama, aku masih sama. Masih diam dikalangan orang ramai. Bukan aku tak cuba. Cuma ianya susah. Aku cuba untuk menjadi macam orang lain. Self-esteem aku makin menurun. Walau aku lawan, aku still rasa takut berdiri dihadapan mata-mata mereka. Disebabkan aku diam, ramai yang menjauh. Aku terasa bila orang 'hai' kawan disebelah tapi tidak juga untuk aku. Adakah aku menakutkan mereka. Salah aku. 

Untuk 1 tahun pertama, pelajaran aku susah. Tak senang untuk bidang ini. Aku selalu terfikir, apa yang usaha ini. Untuk siapa ? Setiap hari aku mencari dan membina passion aku. Aku menuntut ilmu. Ini jalan untuk aku. Untuk aku, mungkin ianya susah. Susah itu ujian aku. Senang itu juga ujian. Hidup aku hanya sekali. Hari aku hanya sekali. 

MAY 2017 IS BETTER SO I COULD WALK IN FLOWER PATH.


Thursday, 8 December 2016

Simfoni Hujan

 




85...86...87.....88…..89…90…

Ika mengira satu-satu derap langkahnya. Sneakers lusuhnya mengikut rentak kaki memijak divider jalan yang kecil. Tangannya diseluk ke dalam poket sweater. Sejuk. Dia hanya mengikut arah kakinya berjalan. 30 minit berteduh di stesen LRT menunggu hujan bertenang. Kini, dia dibawa hatinya ke sini. Langkah Ika terhenti. Diam Ika memerhati dunia sendiri.

Seorang kanak-kanak kecil melompat-melompat meminta ayahnya membeli aiskrim namun tidak dituruti permintaan si anak itu kerana si ayah tahu musim hujan sekarang bagai mencabar kesihatan semua orang. Kehendak budak kecil ini jangan diikut sangat. Jika ada mudaratnya, perlu ditapis kemahuan mereka. Kemudian menangislah si anak itu. Disogok ibu dengan coklat. Ika tersenyum. Aiskrim atau coklat. Bukankah dua-dua beri keburukan pada si anak ?

Bawah pohon kayu, sepasang atuk dan nenek berbangsa Cina. Mereka duduk bersila di atas tikar. Si isteri menuangkan air ke dalam cawan dan disuanya ke si suami. Air teh panas barangkali. Mereka menikmati suasana petang itu berdua sambil berbual. Bak pasangan kekasih.

Riuh. Belon-belon pelbagai warna bertaburan. Abjad tertulis 'Happy Birthday' tergantung antara dahan-dahan pokok. 5 gadis-gadis bersorak menyambut parti itu. Camera dipicit-picit merakam kenangan mereka.

Ika menarik nafas dan membetulkan earphone ditelinganya. Dia meneruskan rentak langkahnya. Sama rentak dengan lagu yang didengarnya. Lagu yang sama diulang sejak dia pergi meninggalkan sekolah. Ika memeluk dirinya tanda kesejukan. Hari ini ramai pula orang di sini. Ada yang berjoging, berbasikal dan ada juga hanya melihat orang menenangkan minda. Sama seperti Ika. Beberapa orang sudah berlari melepasi Ika. Semua orang sibuk dengan dunia mereka sendiri.  

Ika menuju ke hujung tasik. Kerusi kayu dan sepohon pokok rendang tempat selalu. Ika berjalan dan berjalan menghampiri air tasik. Udara setelah hujan turun sangat digemarinya. Ibarat segala kekotoran dalam udara dibersihkan air hujan. Mendongak Ika memerhatikan biru langit dan kesegaran hijau pokok-pokok. Dia berasa tenang setenang air tasik.

"hahhhhh..." Lama Ika melepaskan keluhan. Namun perasaannya masih berat. Tak pergi mengikuti keluhan tadi.

Ika duduk di atas batu kecil berdekatan gigi air. Lagu yang sama masih bermain diteliga. Lama. Ika tersenyum sendiri.


****


" Saya. Tak. Buat. "

" Well Ika, saya bukan menuduh kamu. Kamu sendiri nampak kertas jawapan ini datangnya dari beg kamu sendiri. Saya tak akan salahkan kamu kalau tak ada bukti. Saya pun tak mahu perkara kotor macam ini berlaku lebih-lebih lagi pelakunya adalah awak.”

Ika membetulkan duduknya. Ada yang tak kena dengan kata-kata Tuan Pengerusi. Ika tidak faham maksud di sebaliknya. Memang bukan dirinya yang mengambil kertas jawapan peperiksaan itu. Sudahlah baru seminggu peperiksaan berjalan dan hanya tinggal lagi dua hari peperiksaan berakhir namun hari ini dirinya dituduh cuba meniru pula. Wajah Ika tetap tenang, cuba untuk sabar namun dalam hatinya membara.

“Macam inilah, esok, saya akan jumpa parents kamu dan saya akan bincang hal ini. Memandangkan prestasi kamu sangat baik dan oleh kerana kamu adalah salah seorang peneraju kecemerlangan sekolah ini saya akan tolong kamu. Tambah lagi ibu bapa kamu orang sangat berperanan jadi saya akan cuba cari jalan penyelesaian selain dari menggantung kamu dari menjawab peperiksaan seterusnya." Kaca mata dibetulkan.

Tersentak. Panas terasa telinga Ika. Darah bagai naik ke kepala. Hati bagai terbakar membara. Ketidakadilan apakah ini. Sudahlah difitnah dan dituduh setelah itu dirinya dilayan ‘istimewa’ begini. Ika terasa dirinya terhina. Ya, hina.

“ Wahh, how is that great ! Saya dapat mendengar ‘statement’ begini dari sekolah ini. Kalau macam tu, saya patut lakukan perbuatan tu betul-betul. Eh no, saya memang buat kesalahan ini kan, jadi saya rasa saya boleh buat plan lain pula ataupun saya boleh tambah rakan kongsi. Another bright student and have a powerful rich parents like me. Kalau ianya begitu, it would be fine. Right ?” Ika tersenyum puas.


Tuan Pengerusi tidak berubah riak wajah sama sekali. Beliau sudah masak dengan sikap pelajar ini. Kalau bukan kerana ibu bapanya yang telah banyak ‘menyumbang’ terhadap kemajuan sekolah ini, dia tidak akan segan silu mengambil tindakan keras. Namun ini demi kebaikan sekolah. Juga demi nasib dirinya sebagai kepala sekolah. Oleh itu, sedia upaya dia akan menyelamatkan keadaan.

“Kesalahan tetap kesalahan. Kamu harus menerima hukuman. Kamu tak perlu risau kerana saya sedia meringankan hukuman kamu memandangkan kamu mempunyai prestasi terbaik di sekolah dan juga soal keluarga kamu yang sudah banyak membantu saya. Jadi sekurang-kurangnya saya patut mempertimbangkan hal ini kan ?”

“Mempertimbangkan ? mempertimbangkan ?”

Ika tersenyum pahit. Hanya kerana darjat Ika sebagai seorang pelajar terbaik sekolah selain mempunyai keluarga yang kaya dan berperanan besar, hukumannya dipertimbangkan. Ya, Ika sangat berasa tidak adil. Dia bukan tidak kesah atas hukuman yang bakal dia tanggung tapi mengapa dunia sebegini tidak adil. Kalau benar pun dirinya melakukan perbuatan itu, dia patut menerima hukuman sebenar tanpa ada soal pertimbangan.

“Saya sedang cuba yang terbaik. Kamu patut bersyukur.”

“Tuan pengerusi tak perlu risau. I’ll graduate from this school at the very last” Serius.

****

Setelah keluar dari bilik panas itu, Ika berjalan menuju ke kelas. Dia berasa urat-urat dikepalanya berselirat. Sakit. Hati Ika geram. Esok, ibunya akan datang sekolah dan Ika masih belum bersedia dengan saat itu. Dia malas mahu bersoal jawab dengan ibunya. Hubungan dia dan ibunya pun masih belum baik inikan mahu membela dirinya.

" Tapi aku tak salah ! "

Hati Ika menjerit. Ika tahu dia tak buat tapi dia tiada bukti membela dirinya. Berkerut dahinya dan masam wajah Ika tanda dia sedang dirundung masalah yang tidak pernah dia alami selama ini. Kaki Ika melangkah longlai saat tiba di pintu kelasnya. Dia sudah boleh menggambarkan situasi seterusnya.

Kelas riuh dengan suara mereka. Sudah menjadi kebiasaan pelajar sekolah yang ketiadaan guru di dalam kelas. Namun, sebaik sahaja kaki Ika melangkah masuk, suasana bertukar warna. Suara yang tadinya galak ketawa, berlari-larian ke sana ke mari kini menjadi suara bisik-bisikan. Ika tidak menghiraukan mereka dan terus naik berjalan menuju ke mejanya. Yani hanya memerhati tingkah Ika hingga sampai di sebelahnya. Yani menoleh ke arah Ika, ingin memastikan keadaan teman baiknya ini. Ika hanya berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.


" Patut la selama ni senang je dia nak score. Main kotor rupanya. Eh tiba-tiba aku rasa aku belajar selama ni tak sia-sia. Yelah walaupun grade aku tidaklah sebaik dia tapi at least atas usaha susah payah aku sendiri. Bukannya dengan main tipu"

" Yelah weh, tak hairan la dia paling pandai tapi menipu ! balik la wei. Kalau malas sangat belajar tak payah la sampai buat macam tu. Nak jadi pelajar terbaik konon"

Ika dengar semua itu. Dia sengaja menyumbat earphone ke dalam telinganya. Tenang wajahnya tapi dalam hati, berdarah ! Siapa punya angkara semua ini !


****

Semua mata dan sumpahan menembak ke arah Ika tengah hari itu. Sepanjang dia berjalan di kaki lima, semua orang menjauh dari Ika. Ika pura-pura. Pura-pura bisu dan pura-pura buta.

" Ika ! Ika ! sini !!"
" Ada apa Yani ? kenapa semua berkerumun ni ? Ada notice apa kat board ? "
" Ika, pihak sekolah nak arahkan kita semua ulang test. Test sebelum ini dikira tak valid !”

Pap ! memang terkena tembakan dan sumpahan untuk Ika. Ini mesti berpunca dari kes dirinya yang kononnya mencuri kertas jawapan. Ika merasa marah. Mana mungkin hanya kerana kertas jawapan yang dia sendiri tidak tahu datang dari mana, satu batch harus ulang test ?

‘No ! aku tak buat semua ni kenapa aku kena tanggung dan kenapa semua orang jadi mangsa ? Tak, aku kena pergi jumpa mereka.’

Ika membuka langkah tekad. Hal ini tidak boleh dibiarkan. Dia harus meyakinkan pihak atasan yang dia betul-betul tidak salah. Ika memang tidak boleh menerima hakikat atas apa yang berlaku ke atas dirinya saat ini.

Pintu bilik dia diketuk dan terus ditolak keras tanpa menunggu izin dari orang di dalam. Namun Ika terkesima. Dia punya tetamu. Mata mereka memandang  Ika lama.

" mama... "


****

Semua pihak atasan sekolah termasuk Tuan Pengerusi berada di ruang bilik itu. Ika mengambil tempat paling hujung bersebelahan dengan ibunya. Wajahnya sugul menahan rasa. Semua mata-mata tertumpu ke arahnya.

“Perkara ini adalah hal yang serius kerana melibatkan seluruh warga sekolah dan ia berkaitan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar lain. Kami harus berlaku adil pada mereka di mana tindakan ke atas kesalahan Ika harus dikenakan. Cuma kami mahu tahu apa kata Puan ?”

Mama Ika menarik nafas dalam, dia sendiri tidak percaya bahawa anaknya akan melakukan perbuatan itu. Ika sudah lama tidak tinggal bersamanya sejak peristiwa 9 tahun lepas. Selama ini hanya nenek yang menjaga Ika. Mamanya jarang pulang ke rumah melainkan melawat nenek atau Ika jika merasa sakit namun dia tidak pernah lupa untuk membiayai kehidupan nenek dan Ika selama ini.

“Adakah ada bukti lain yang meyakinkan anak saya memang salah dalam hal ini ?”

“Bukti penemuan kertas jawapan dalam beg Ika sudah  cukup kuat mengatakan Ika benar-benar salah Puan. Memang dialah pelakunya. Bukti apa lagi yang kita perlukan.” Cikgu Shuib yang memang kepoh mulutnya. Mungkin geram dengan Ika yang sama sekali tak disangkanya melakukan kesalahan ini.

"Saya bagi pihak anak saya betul-betul minta maaf atas kejadian ini. Kami menerima atas kesalahan yang Ika lakukan. Cuma permintaan saya,  hukuman Ika dapat dipertimbangkan lagi memandangkan prestasinya semakin membaik saya fikir dan saya juga akan lebih memberi kerjasama dalam membantu pihak sekolah pada masa hadapan. Mungkin saya perlu lebih mendidik dia lagi"

Pedih. Sakit. Hati Ika meronta saat mamanya mengungkap kata maaf atas kesalahan yang tidak dia lakukan sama sekali. Malah Ika dipaksa untuk berkata maaf. Fitnah. Sakit hati Ika saat itu tuhan sahaja yang tahu. Belum pun Tuan Pengerusi ingin menyambung bicaranya, Ika berdiri. Semua yang berada di bilik itu terkejut dan senyap fokus tertumpu pada Ika. Mamanya yang sudah pelik dengan kelakuan Ika menoleh ke arahnya.

“Saya minta maaf .”

Mereka yang ada di situ melihat ke arah masing-masing menandakan puas. Fikir mereka Ika mengaku kesalahannya bahkan sudah meminta maaf. Sungguh malang sekali, selama ini pelajar pintar sekolah yang sering kali disanjung dan dipuji rupanya melakukan taktik kotor begini. Ika berwajah serius dan tenang memulakan kata. Nampak yakin.

“Saya minta maaf….. jika saya akan bercakap kasar pada semua. Bukan niat saya untuk menjadi pelajar mahupun anak yang biadap. Saya.. betul-betul…tak bersalah dalam hal ini. Bukti? Saya tak pernah jumpa kertas jawapan tersebut dan saya tak pernah tahu kertas tersebut berada di dalam beg saya. Adil? Maaf, saya rasa kelakar dengan keadilan yang dikatakan kerana kehadiran saya di sini bagai hantu. Why on earth am I here?”

“Ika..”

Mama ika tidak senang dengan sikap Ika yang tiba-tiba berubah dan berani bersuara. Tuan Pengerusi membetulkan duduk sambil membuka kaca matanya. Ika sudah mula.

“Pihak anda seorang pun tidak ada yang mahu bertanya saya sebarang soalan bahkan tidak ada yang mahu mendengar saya walau sekali. Hukuman?. Instead of mencari bukti lebih kukuh lebih baik kita teruskan memberi hukuman. Isn’t ? so walaupun saya rasa saya adalah mangsa keadaan, but I’m sure no one will believe in me anymore. Sekali lagi saya minta maaf atas apa yang berlaku. Ia pasti bukan kehendak saya.”

Tersenyum pahit.

Siapa punya angkara ini, apa dia mahu ? dengki ? tapi kenapa perlu menfitnah sebegini. Atas bukti tersebut, Ika digantung peperiksaan dan tidak dibenarkan ke sekolah selama sebulan. Oleh itu, peperiksaan juga tidak jadi untuk diulang. Ika cuba untuk tidak menangis. Saat ini dia cuba sedaya upaya untuk pasrah. Dia sama sekali tiada kuasa untuk melawan bahkan ibunya sendiri memberi keizinan untuk dirinya dihukum. Itu sudah cukup pedih untuk Ika terima. Dia mengerti ibunya tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku.

" Ika cuma dapat cuti sebulan kan. At least Ika still student sekolah ini dan belum ditendang lagi. Jadi, Ika tak perlu risau just rehat dekat rumah dan selebihnya biar mama uruskan. Ika, mama nak Ika tahu, mama bukan tak percaya anak mama but we couldn’t do anything . Bukti dah kukuh mama tak boleh buat apa. Mama cuma tak mahu keadaan jadi lebih teruk. Ibu bapa pelajar lain tak akan berdiam diri Ika jadi mama tak mahu anak mama diapa-apakan. So let us just accept it. Alright sayang ? "

Ika yang mendengar hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Mama tiada pilihan lain bukan kerana takut sahaja tapi takut lebih dimalukan. Cukuplah anaknya ini membuat onar di sekolah ini. Dia tidak mahu ia merosakkan air mukanya lagi.

"Yeah, Ika faham but trust? How can you trust me if you doesn't even know me ? Ika tertanya-tanya pula, mama datang ni untuk apa. Pembelaan or …whatever it is, I appreciate it. You’ve worked hard. I’ve to go " Ucap Ika dengan sikapnya yang dingin sebelum berpaling meninggalkan mamanya.

" Ika!. Erm, how's nenek ?" jerit si ibu.

Langkah Ika terhenti. Ika memejam matanya dan melepaskan keluhan yang berat. Namun dia cuba membalas dengan senyuman dengan berpaling.

"Thank you so much sebab datang membela Ika" Ika memaksa untuk senyum dan pergi bersama lambaian tangannya.


*****

Anak perempuan bertocang dua itu bermain seorang diri di ruang tamu ditemani patung-patung Barbie. Suara-suara keras yang kedengaran dari bilik ibu bapanya tidak diendahkan. Dia pura-pura leka bermain dengan ‘teman-temannya’. Tiba-tiba seorang wanita menarik beg bagasi keluar dari bilik sambil mulutnya memaki-maki suaminya. Belum habis dibilik, sekarang mereka berbalas kemarahan di hadapan si anak ini. Muram dan sepi wajah anak kecil ini memegang patungnya. Tingkahnya kaku tetapi tidak langsung melihat drama di hadapannya. Tidak lama kemudian, dia tersedar dari lamunan setelah wanita yang menggelar dirinya mama duduk bertinggung mendekatinya.

“Sayang, lepas ni sayang dengar cakap papa tau. Belajar rajin-rajin sampai sayang jadi pelajar pandai di dunia. Makan banyak-banyak, jangan sakit-sakit. Mama kena pergi. Mama sayang anak mama.” Sambil mengucup kedua belah pipi si anak. Namun anak kecil itu hanya diam seribu bahasa. Senyum tidak pun menangis tidak. Pandangannya kosong hanya tunduk melihat wajah Barbie doll.

Setelah perginya wanita itu, si ayah mendekati dia. Merenung wajah kesayangannya ini. Merenung lama ke dalam matanya. Tangan si ayah lembut mengusap kepala si anak. Tiba-tiba,  anak kecil itu mengangkat wajahnya membalas renungan si ayah. Jari-jari halusnya menyeka lembut air mata yang mengalir di wajah lelaki ini. Tidak mampu untuk menahan kesedihan, tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya. Si ayah menangis semahunya.

“Maafkan papa sayang. Papa gagal menjaga keluarga kita. Maafkan papa. Maafkan papa sayang”

Ada butir air mata yang cuba dia tahan di matanya. Lambat-lambat dia membalas pelukan ayahnya. Tinggallah dua beranak ini di rumah itu namun tak lama. 1 tahun selepas itu, si ayah disahkan mengidap kanser paru-paru stage 4. Tuhan lebih menyayanginya. Si ayah pergi buat selamanya dan sejak itu anak kecil itu dijaga oleh neneknya kerana itulah permintaan terakhir arwah. Walaupun sudah berbahagia dengan keluarga baru, si ibu tidak pernah lupa untuk mengirim duit dan segala kelengkapan harian bua anaknya dan juga ibu mertuanya.

Si anak tidak banyak pilihan memandangkan kesihatan nenek yang tidak menentu. Sejak kisah itu, si anak membesar dengan sendiri tidak seperti orang lain.

****  

Ika membuka kunci biliknya mungkin semua tak balik dari kelas lagi memandangkan sekarang belum waktu pulang sekolah. Ika harus mengemas barang-barangnya dan mulakan 'percutian'. Sedang Ika ingin memulas tombol pintu, tangan Ellie menghalang. Ika yang terkejut  cuba untuk menyusun nafasnya kembali. Jika dia ada penyakit lemah jantung pasti sudah terbaring di lantai agaknya. Apa pula kemahuan Ellie kali ini. Tidak pernah bosan untuk mencari fasal dengan Ika sejak dulu. Ada saja yang tak kena. Ellina merupakan pelajar top 3 terbaik sekolah juga ketua pengawas. Bila sudah berjawatan memang digunakan sebagai tiket untuk menghentam pelajar-pelajar lain terutama Ika. Selagi boleh dia akan mencari kesalahan Ika. Melihat kejatuhan Ika adalah cita-citanya.

"Wah-wah, budak sekolah paling genius sekarang dah tak jadi star satu sekolah. Itulah, lain kali kalau nak rasa pandai tu, jangan pandai sekerat jalan. Buat betul-betul kau akan dipandang bodoh juga akhirnya" sikap angkuh Ellie tak pernah berubah buat Ika meluat.

"Boleh aku masuk bilik aku sekarang?"

Ellie senyum sambil merapatkan wajahnya ke sisi telinga Ika.
"Amacam? seronok dapat cuti?"

Ellie membisik perlahan di telinga Ika sambil tersenyum puas. Setelah ini, bolehlah Ellie menggantikan tempat Ika di mata semua guru dan sekolah. Biar dia yang akan menjadi pelajar terbaik sekolah dan semua akan memujinya. Ellie terus pergi dengan sisa-sisa tawanya.

Ika malas mahu marah memberontak. Bukan boleh merubah keadaan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ingin ditolak namun terhenti. Dahi Ika berkerut. Minda Ika berpusing 180 darjah. Ellie. Mana dia tahu aku akan cuti padahal keputusan ini hanya yang berada di pejabat tadi sahaja tahu. Ika memusing badannya namun terperanjat. Untuk yang kedua kali. Yani tercegat berdiri di hadapannya yang dari tadi memerhatikan Ika.

"Yani ! kau buat aku terkejutlah"
"Kau tu yang dari tadi tercegat depan pintu.”
Ika tercari-cari kelibat Ellie namun hampa dia sudah hilang.


****

Yani menghampiri Ika yang sedang melipat baju. Dia mengambil tempat duduk bersila di atas katil Ika. Dia berasa kasihan melihat nasib sahabatnya itu. Dia sendiri tidak menyangka kertas jawapan itu ada dalam beg Ika. Ika senyum memerhati Yani yang sedari tadi mengelamun.

"Yani.. aku cuti sebulan je tau bukannya aku berhenti belajar terus. Tak payahlah nak sedih sangat" Ika menyusun novel-novelnya ke dalam beg.

"Haa Yani, bila aku takde kau jangan lupa kemas bilik ni. Subuh jangan tinggal sekali pun tau. Alarm tu jangan lupa pasang. Kalau tau sejuk kipas tu kau perlahankan awal-awal kalau boleh tak payah pasang. Jangan selalu sangat skip makan nanti kau sakit siapa nak jaga. Last, bila balik kelas jangan lupa study tau. Lepastu...."

"Ikaaaa........." Yani memeluk Ika sebelum habis lagi Ika membebel.

Ika hanya tersenyum melihat Yani dan membalas pelukannya. Untuk seketika dia rasa tenang dan bahagia dengan Yani. Yani seolah-olah seorang manusia yang hanya dia, Ika meletakkan kepercayaan. Hanya Yani sahabatnya selama ini. Yani sahaja yang selalu ada di sampingnya dan Ika tahu hanya Yani seorang sahaja yang percaya bahawa perbuatan itu bukan salah Ika. Ika menjadi hairan Yani memeluknya lama, kejap dan menangis !

"Yani, aku cuma cuti je. Kita boleh jumpa kat luar nanti kan. Kau kenapa sedih sangat ni. Chill lah"

"Ikaa... Ikaa.. aku.. "

"Takpe Yani. Kau jangan risau. Walaupun aku cuti, aku takkan tinggal diam. Aku tetap akan cari culprit sebenar. Sampai lubang cacing pun aku tetap akan bersemuka dengan dia. Aku nak tahu apa , motif dia yang sebenar. Mungkin sekarang aku tak tahu lagi tapi Allah kan Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat, satu hari nanti Allah pasti kasi aku jalan. Dan nanti bila aku dah......." Ika terdiam. Dia terfikir sesuatu.

"Dah apa Ika?" Yani melepaskan pelukan. Pelik.

"Yani. Allah dah kasi. Allah dah kasi aku jalan!! aku kena pergi dulu bye yani !" Ika bingkas berlari keluar menuju arah kepastian. Dia yakin dia bakal tahu siapa punya angkara jahat ini.

Ika berlari sekuat hati. Blok sekolah dia tuju. Sepanjang dia berlari itu juga dia telah terlanggar beberapa orang pelajar. Habis bertaburan buku dan kertas mereka. Ika seperti kalut dengan dunianya kerana tidak sabar ingin ke sana. Dia sambung berlari ke tempat di mana dia disyaki menyimpan kertas jawapan itu. Ika harus ke sana untuk memastikan sesuatu. Beberapa orang pelajar memerhati Ika yang laju berlari dan di antara mereka ada Ellie. Ellie melihat tingkah Ika dan berfikir sesuatu. Ika seolah mendapat sesuatu di akalnya. Tidak lama kemudian, giliran cikgu Shuib terserempak dengan Ika tika menaiki tangga. Ika yang laju membuatkan cikgu Shuib tidak sempat untuk menahannya malah terkulat-terkulat seorang diri di situ. Pelik, bukankah budak ini sudah diberikan cuti, apa yang dia mahu lakukan lagi?.

Sunyi. Sepanjang kaki lima tingkat 3 bangunan kelas Ika sunyi tanpa ada sesiapa. Semua sudah pulang. Ika yang tercungap-cungap berjalan perlahan hingga dia jumpa sesuatu. Dia memerhati sambil tersenyum lega. Langkah seterusnya !


***

"Pak cik Hamid, sekali ni saja. Saya betul-betul perlukan benda ni. Ni sahaja satu-satunya cara. Tolong saya pakcik."

"Tapi Ika, pakcik tak boleh dedahkan sembarangan. Nanti kalau apa-apa jadi macam mana? Pakcik taknak kena naik pejabat nanti. Kalau pakcik diberhentikan kerja, habislah pakcik nak. Ini je sumber rezeki pakcik sekeluarga."

"Ok macam ni, kalau apa-apa jadi, biar saya yang tanggung. Saya rela. Please pakcik. Saya memang kena tengok CCTV tu."

Setelah berfikir lama.
"Yelah-yelah. Tapi kali ni je ok, pakcik taknak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi."

Ika masuk ke ruangan siaran dimana semua kamera CCTV sekitar sekolah dirakam. Tak rugi pihak sekolah berhabis duit. Ika menekan keyboard dan mouse mencari rakaman tempat dan masa dirinya menjadi mangsa fitnah. Dia sangat memerlukan alibi untuk membuktikan dia tidak salah. Dalam diam, dia berdebar. Siapa agaknya dia. Apa yang dia mahu. Sudah 35 minit Ika mencari. Ika pun satu, dia sendiri tidak tahu sejak bila kertas itu dimasukkan ke dalam begnya. Maka Ika perlu mencari rakaman CCTV yang merakam pergerakan dirinya. Masalahnya, Ika yang selalu dikelilingi pelajar kelasnya. Dia tidak tahu mahu mengesyaki siapa. Ika betul-betul kesuntukan masa.  

“Macam mana kertas jawapan peperiksaan tu boleh sampai ke dalam beg aku melainkan seseorang yang masukkan. Yeah, persoalan pertama adalah macam mana dia boleh dapat kertas jawapan tu sedangkan ia begitu confidential. Melainkan….. dia pernah sampai ke bilik peperiksaan. Yeah, good Ika.”

Saat Ika menekan mouse, tangan Ika terhenti dan menggeletar. Mata Ika tidak bergerak dari screen computer. Ika menekan-nekan replay bagi memastikan matanya tidak tertipu. Dia sudah tahu siapa dia sudah jumpa bukti tapi kenapa hatinya rabak.

“Kau..”


***

"Fail saman? Nanti dulu puan, hal ini saya rasa kita boleh selesaikan dengan cara mudah lagipun kami percaya pihak sekolah tak ada sebarang tanggungjawab atas kes ini. Kita hanya salah faham. Pihak kami juga tertipu dengan bukti yang ada dan ini bukan salah kami. Pihak kami bukan lah orang yang sepatutnya menerima tindakan puan tetapi si pesalah sebenar. Bukan begitu? "

Mana mungkin ! kalau sampai dibawa ke mahkamah habislah nama baik sekolah, bahkan nama baik sekolah terbaik negeri. Apa nak dijawab ke Pegawai Pendidikan.

"Macam  mana tuan boleh cakap sedemikian? bukankah memelihara kesejahteraan sekolah adalah tanggungjawab pihak tuan ? Dan anak saya punya hak untuk membela kebenaran atas kesalahan yang tidak dia buat. Hanya salah faham? Saya yang tidak faham sekarang ini. Disebabkan salah faham yang tuan katakan itu anak saya digantung sekolah dan yang hairannya tiada siapa pun yang cuba untuk buktikan anak saya betul-betul salah. Hanya kerana kertas jawapan tu ada dalam beg dia, dia salah? Tuan sepatutnya mencari kebenaran sebelum membuktikan kesalahan. Jadi, saya rasa lebih baik saya bawa hal ini ke tengah untuk lebih mendapat keadilan. Peguam saya boleh berurusan dengan pihak tuan selepas ini."

Ika sugul. Hanya mendengar dengan diam di hujung sofa. Buntu. Kini dia tahu kebenarannya tapi dia tak sanggup membalas perbuatan si perlaku. Mana mungkin dia sanggup untuk memberi balasan ini.

‘Apa salah aku? Aku sangat marah dan ingin membalas semua perasaan yang aku terima. Aku sangat terseksa dituduh begitu oleh semua orang tapi aku lebih terseksa setelah mengetahui semua ini.’

Ika bangun.

“Kelas saya bakal mula 15 minit lagi. Saya minta diri dulu.” Ika pergi tanpa melihat wajah mereka.


***

Ika duduk di anak tangga di hujung bangunan. Suasana bingit sekolah sama sekali tidak mengganggu Ika. Masalah dan perasaannya malah makin berat. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Ika tidak mahu terburu-buru menyerang dia. Ika sedaya upaya mencari sebab yang munasabah dia berbuat begitu. Ika juga tidak kuat untuk berjumpa dia. Dia memeluk lututnya. Kepalanya runsing. Apa patut dia buat. Mama dan pihak sekolah mungkin akan mengambil tindakan seterusnya.

“Ika ! Penat aku cari kau tau tak. Satu sekolah aku pusing. Rupanya kau dekat sini. Mandi peluh aku.” Yani mengambil tempat untuk duduk di sebelah Ika.
Ika hanya diam.
“Ika, tadi aku nampak mama kau keluar dari pejabat. Kenapa macam serius je. Aku tahu, mesti kau tak jadi cuti kan? Kau tak jadi kene punished kan?”

“Sebab..bukan aku yang buat semua tu. Kau sendiri tahu kan. Yani?” Ika menoleh ke arah Yani.

Yani memandang Ika lama.

“Aaa ha’ah mestilah bukan kau yang buat. Aku percaya kau tak mungkin buat semua tu lagipun kau memang kawan aku paling genius dari dulu lagi” Yani senyum ambil menelan air liur. Terasa pahit.

“Kepercayaan. Nilai kepercayaan itu sangat tinggi aku letakkan pada kau Yani. Tapi, kenapa sanggup kau buat .. pada aku ?” Ika cuba untuk faham situasi Yani. Dia cuma perlukan jawapan Yani. Dia cuba untuk terima.

“Aapp.. apaa .. apa kau cakap ni Ika? Apa maksud kau ?”

Yani cuba berlagak biasa. Dia bingkas berdiri. Tiba-tiba rasa tidak selesa berada di saat begini. Ika mengikut rentak Yani, berdiri memandang tepat ke dalam matanya. Tidak menengking bahkan tenang seperti biasa namun hatinya meronta. Dia tidak menyangka sama sekali orang yang selama ini dia percaya, dia sayang sanggup memperlakukannya begitu. Lantas terimbas di kepala, saat dia dituduh bulat-bulat oleh Tuan Pengerusi, diejek seluruh sekolah bahkan Yani menyaksikan semua keperitan dia selama ini. Semua itu lebih memeritkan buat Ika.

“Kertas jawapan peperiksaan. Kau tentu familiar kan dengan kertas jawapan tu. Aku sudah tahu siapa yang masukkan ke dalam beg aku melalui cctv. Sekarang tolong fahamkan aku. Bagitahu aku apa alasan kau buat semua itu?”

Yani diam. Merenung tajam ke mata Ika. Tunduk. Kemudian, dia ketawa sendiri.

“Ahhh…Jadi, kau dah tahu. Heh, sayangnya aku fikir ia akan jadi lebih menarik. Kau memang genius Ika. Sangat genius.”

“Aku betul-betul tak faham kenapa kau buat semua tu. Kau bukan Yani sahabat yang aku kenal.”

“Sahabat?? Kau percaya tentang wujudnya sahabat? Dekat sekolah ni tak pernah wujud benda macam tu. Semua orang suka pada kau. Kawan-kawan, semua nak pinjam nota kau, semua mahu kau ajarkan. Cikgu-cikgu, semua kau saja dipuji-puji. Satu sekolah kenal kau. Satu sekolah sanjung kau. Sebab apa? Sebab kau pelajar terbaik sekolah. Semua orang mempergunakan kau !”

Ika masih tidak faham dengan apa yang dikatakan Yani. Bagi Yani, semua orang mempergunakan kepintaran Ika untuk kebaikan diri masing-masing. Sekolah ini hanya tempat untuk berlumba. Tiada siapa yang ikhlas dalam persahabatan sebenar. Semua mementingkan diri sendiri dengan kepura-puraan. Oleh itu, tiada istilah sahabat sebenar !

“Aku bahkan hanya pilihan kedua orang. Orang tak pernah tahu wujudnya aku di sekolah ini. Orang hanya nampak kau. Kaulah yang baik, kaulah yang pandai, kaulah yang pertama, di mana-mana semua orang sebut nama kau Jadi, aku cuba. Cuba untuk hilangkan kau dari mata semua orang.”

“Jadi…apa nilai aku wujud dimata kau. Yani ?” Ika memotong.

Yani menarik nafas. Suaranya bagai tersekat. Dua manusia ini masing-masing tidak memandang satu sama lain. Wajah Yani perlahan-lahan basah dengan air mata.

*setelah kedua-duanya bertenang

 “Aku terjumpa kertas jawapan tu dibilik peperiksaan masa aku tolong cikgu Safa. Aku tak tahu kenapa aku ambik kertas tu. Aku rasa aku boleh jadi hebat macam kau kalau aku dapat score test kali ini. Dan semua orang akan pandang aku. Tapi entah macam mana pula kertas tu tercampur dengan kertas kerja kita dan kau terambik kertas tu. Aku cuba untuk ambil balik tapi aku fikir ini mungkin peluang keemasan aku untuk tengok ketahuhan jadi aku tukar rancangan. Aku betul-betul tak sangka bila pihak sekolah decide untuk gantung kau. Aku taktau apa yang patut aku buat. Adakah aku patut biarkan kau pergi atau berterus-terang dengan semua orang.” Yani mengesat air matanya. Ika memandang Yani lewat ekor matanya. Dia menarik nafas dalam.

“Jadi sekarang ni kau tak nak bersahabat dengan aku dah?

 “Aku tak layak bersahabat dengan kau Ika. Kau pun tak perlu berkawan dengan orang macam aku. Sahabat yang sebenar itu susah nak dicari. Sahabat sebenar itu ikhlas, berterus-terang dan takkan mempergunakan sahabatnya yang lain. Kita takkan pernah jumpa sahabat sejati. So, bila kau nak bawa ‘sahabat’ kau ni pergi jumpa Tuan Pengerusi? Kau dah berjaya mencari aku.” Yani tahu dia yang bersalah dan sepatutnya dia perlu lebih awal berterus-terang pada Ika. Rancangannya pun sudah gagal. Ika mengangguk kepalanya tanda setuju.

“Okay. Nanti aku akan berjumpa Tuan Pengerusi untuk tindakan SEPATUTNYA ke atas orang yang SEBETULNYA. Then, you will know what….the meaning of…sahabat is”

Ika menekankan ayatnya. Mereka berdua berpandangan seperti mata mereka berinteraksi antara satu sama lain. Jiwa mereka bagai bertengkar. Inikah pengakhiran hubungan persahabatan ini.

“Ehemm .. ermm aku.. aku minta maaflah kalau aku kacau korang. Takde, aku cuma nak bagitahu yang kelas dah nak mula lagi 5 minit. So better korang masuk kelas dulu la kot sebelum cikgu nampak korang kat sini.”

Ellie berasa janggal di hadapan mereka. Dia sengaja mencuri dengar setiap dari mulut Yani dan Ika. Dari awal Ellie merasa ada yang tidak kena. Setahunya hanya dia seorang musuh Ika tetapi setelah kes ini berlaku dia tertanya-tanya siapa yang berani melakukan sebegitu. Mustahil Ika sengaja ingin meniru kertas jawapan. Walaupun selama ini dia menghargai Ika dengan cara yang salah tetapi tidak sanggup baginya sehingga mengfitnah demi menjatuhkan Ika.


****

“Keluarga saya tak akan ambil apa-apa tindakan terhadap pihak sekolah. Namun begitu, tiga syarat harus ditepati.”

“Pertama, nama saya dibersihkan di mana pihak sekolah dan semua murid maklum bahawa saya bukanlah perlaku meniru kertas jawapan. Kedua, walaupun nama saya dibersihkan, saya taknak siapa pun tahu perlaku yang sebenar itu siapa. Saya nak ini menjadi rahsia antara kita. Ketiga, saya nak hal ini berhenti setakat ini dan tidak perlu dibangkitkan lagi. Jika ada perlanggaran antara salah satu syarat-syarat ini, keluarga saya tidak akan berfikir panjang untuk terus melapor pada pejabat pendidikan atas tuduhan dan hukuman terhadap diri saya tanpa usul periksa. Semestinya saya tidak akan lupa soal fail sama. Tuan juga ada nama baik yang perlu dijaga kan. Macam mana ?” Ika tersenyum. Terserlah lesung pipit miliknya.

**** 

‘Dimaklumkan bahawa pelajar bernama Afikah Sofia telah didapati tidak bersalah atas kesalahan meniru kertas jawapan peperiksaan. Justeru, pihak sekolah meminta maaf atas salah faham ini. Pelajar-pelajar diminta meneruskan pembelajaran seperti biasa dan berhenti membuat spekulasi.’ – Pengetua.

Yani melihat notice board itu dengan pandangan kosong. Hatinya bercampur perasaan. Dia tidak tahu mahu menangis atau ketawa atau marah. Adakah Ika yang bodoh atau..dia ? Tangan Ika tiba-tiba menyangkut  dibahunya.

“Wahhh, famous juga aku hari ni kan.” Yani tidak membalas apa-apa. Dia malu ! malu dengan Ika dan malu dengan dirinya sendiri. Yani sangat menyesal dengan dirinya. Dia tidak tahu mahu berhadapan dengan Ika bagaimana. Melihat Yani yang diam buat Ika rasa janggal. Dia tidak mahu persahabatan mereka berubah. Ya, Ika memang marah dan sangat kecewa sahabatnya memperlakukannya begitu. Tapi apa yang harus dia lakukan. Membalas segala dendam dan marah tidak akan membuat hatinya tenang malah dia tidak akan merasa menang. Ika sedaya upaya untuk tidak menjadi api apabila berhadapan dengan perkara begitu. Namun sikap Ika yang sentiasa dingin dan tegas dengan prinsipnya tidak pernah berubah lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan apa-apa rintangan. Hati Ika sifatnya tulus walhal orang lain selalu merasa dia seorang yang degil.

“So..this is how I showed you.. the actual meaning of .. sahabat.. Sudahahlah, sekarang aku dah lapar sangat. Kau, kalau tak cakap dengan aku siap kau. Siapa kata aku tak nak hukum kau? Sini aku bagitahu kau hukuman kau yang pertama iaitu kau kena belanja aku makan 7 hari 7 minggu. Hari ni aku nak makan mihun sup. Lepas tu, kau tahu kan mak cik sebelah tu dia ada jual puding, aku tak tahu lah puding apa tapi orang kata sedap. Haa lepas tu….” Sambil menarik tangan Ika ke cafĂ© sekolah.


****

“Helo, Ika dah batalkan. Just a reason. You’ve work hard. So, thank you for.. everything you’ve done. And please come back home. Nenek nak jumpa. She’s talking about you.. every day. So yeah. Bye”

Ika menyimpan smartphonenya ke dalam poket sweater. Dia tersenyum. Hari minggu begini pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan, sebelum ke rumah Ika akan meluangkan masanya dia ke tempat yang digemarinya. Sumber ketenangannya. Dia menyumbat earphone ke dalam telinga, tudung dibetulkan dan kakinya memulakan langkah. Cuaca hari ini tidak menentu. Satu pagi hujan renyai. Dingin sedingin hatinya.


****

Taraf manusia selalu dinilai dengan pandangan. Sanjungan dan pujian. Berada di tempat tinggi kadang buat Ika takut. Berada di tempat tinggi, manusia seolah memberi hormat padanya. Ika tak pernah megah untuk berdiri di atas. Baginya kekuatan untuk berlari ke atas itu dari Allah. Dari amanah yang perlu Ika tunaikan. Berada di atas buat Ika sedar, dia tidak boleh bangga diri kerana dia perlu hulur tangannya pada orang yang sedang berlari ke atas. Yani sahabatnya. Mungkin selama ini Ika masih tak dengar suara hati Yani. Yani selalu meminta tolong dari bawah. Dan Ika terleka untuk menghulur tangannya. Walaupun Yani cuba untuk menolak Ika ke bawah, Ika tak sempat jatuh. Kerana tangan Yani masih berpaut dengannya. Yani belum melepaskannya. Kerana itu Ika akan cuba berlari sama-sama dengan Yani.

Dunia ini pentas lakonan. Kita pengacaranya.
Dunia ini simfoni muzik. Kita pengubahnya.

****

Ika melihat jam tangannya. Sudah petang. Dia harus pulang takut nenek bakal risau. Keluar dari sekolah dia patut ke rumah dahulu namun beginilah setiap minggu. Guruh berbunyi. Ika mendongak ke awan biru. Tampak ingin muntahkan air lagi.

Ika berdiri. Dia tersenyum. Barangkali dia akan basah kuyup lagi sesampainya di rumah nanti.
Ika berjalan pulang. Melangkah satu demi satu. Tangannya menyeluk sweater. Ika melintasi sebuah pohon besar.


****

Sekujur tubuh lelaki yang duduk sambil mata redupnya memerhati gadis kecil itu pergi. Sejak dia duduk di bawah pohon itu, gadis itu berseorangan di gigi air tasik. Lama temenung. Setelah itu gadis itu pergi membawa senyuman manis dengan lesung pipitnya.

‘ Ahh alangkah aku setenang itu.. Alangkah aku mampu senyum begitu..’

Hujan satu satu menitik atas tubuhnya. Jaket ditarik menutupi kepala. Air hujan dibiar mengalir membasahi diri.

‘ siapa.. gadis tadi..’







Nukilan ; Cik At

Thursday, 3 December 2015

Menulis kerana Aksara

“ kau tak pergi ke bengkel penulisan hari ni ? aku rasa kau ada bakatlah. Try lah pergi. Mana tahu satu hari kau boleh composed buku sendiri hahah ” gurau Zarina ahli bilik aku.

“ ya aku tau je program tu. Kak athirah yang pandai berdebat arab tu yang jadi speaker. Takpelah aku bukan hebat sangat pun nak menulis bagai ni.” Aku buat muka seposen sambil susun buku-buku atas rak.

Dalam benak aku, memang aku nak pergi. Tapi, bila aku rethink balik. Aku nak menulis apa sampai gigih nak pergi tutor ni ? sedangkan kat 'sini' pun aku kadang jadi blur nak buat intro macam mana, ending macam mana. Akhirnya jadilah sebuah karangan diari recehan seorang marhaen (rakyat jelata yang biasa-biasa). Sebabnya aku tahu hanya aku saja yang akan menghadap tulisan ni balik.

Ya. Jiwa aku lebih kepada sesuatu yang bukan abstrak yakni tulisan, lukisan dan monolog. Hati manusia ini sebenarnya hidup. Maksud aku, manusia seolah-olah punya dua diri. Setiap manusia diberi satu hati. Hati itu hanya seketul daging yang kecil. Tapi hatilah kawalan utama setiap perbuatan dan percakapan. Hati yang mengawal minda untuk bertindak sesuatu.

Ok jap. Sekarang ni apa kena mengena dengan tulisan ?. Like seriously apa yang kau nak cakap ?
Bagaimana manusia hanya punya satu nyawa tapi ada dua diri ? tak make sense langsung. 

Sebab hati pun berkata-kata. I bet you, you are talking to yourself when walking right to the class. Kan kan ? tipu lah kalau tak. Kau perhati sahabat yang kau sayang then bercakap soal baik nya dia sebagai sahabat kau. 
Tak pernah terfikir ke ? kau bercakap dengan siapa ? tentulah dengan diri sendiri. Jadi siapa yang bercakap dengan siapa ? diri sendiri bercakap dengan diri sendiri equal to dua diri.

Haha. At least aku try nak buat lawak. (lame)

One of the writers that I’m impress to ada jawab satu soalan mengapa dia suka menulis. He said:

“ untuk melepaskan apa yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata lisan dan perbuatan.”

Aku selalu bermonolog soal certain masalah tapi aku tak punya orang untuk aku translatekan bahasa hati aku. Kalau ada pun, aku taktahu nak kata apa dan macam mana sebab aku seorang yang tak boleh nak cakap sepenuhnya apa yang nak dicakap. So, tak tercakaplah apa yang aku cuba nak dicakapkan. Sometimes sahabat aku pun menyampah sebab tak faham apa yang aku nak sampaikan. Yeah, surelah hati sampai rasa frustrated kan. 

Then, aku decide untuk translate melalui puisi prosa dan kata. Kah. Kadang aku rasa aku tak disuka orang bila berpuisi. Acah-acah la orang cakap an. So aku selalu hesitated nak cipta caption dan post certain gambar. Like seriouly kot.

I’m admit that I’m a paranoid but to have such feeling really tak merugikan aku. Paranoid buat aku hati-hati berbuat sesuatu. Yes, aku sangat peduli atas pandangan orang lain. Memang ramai orang cakap “buat apa nak peduli orang lain kata ? hal kita, hanya kita dan Allah yang tahu.” 

Ya betul, tapi hanya kita yang tahulah buat orang yang taktahu itu terus menerus menambah pandangan yang salah secara tak langsung melabur saham-saham yang sangat merugikan. Dalam hal ni, kita la berperanan selamatkan mereka at least kurangkan pelaburan saham tu sebab kita tahu ia beri bahana 'di sana' nanti. Kesian kan, nanti mereka tercari-cari kita di sana sebab nak kemaafan atas pandangan yang salah tadi. Rasulullah pun ada ajar supaya kita pelihara hablum minaallah wa hamblum minannas. Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Baru tak sia-sia hidup berpuluh tahun.

Out of topic. Ok dari cerita tengah susun buku dan sembang-sembang ahli bilik sampailah ke hujung dunia. see ?

Jadinya, aku pun berpindah ke sini di mana aku rasa mugkin aku lebih menjadi diri aku bila aku agak positive tak ada orang kot kat sini. Tapi masalah aku yang selalu bermasalah ialah how to start. Kadang aku start then aku backspace balik. Then try lagi, stuck tengah jalan pula. Blurring confusing and wondering how to make these as words. So aku decide lagi sekali, lebih baik kau diam je lah dan bermonologlah seorang diri walaupun kau rasa terseksa bila semua tu terkumpul dalam hati.
Back then, I was read some notes of a team of book publication  :

“ ya , sebab di sebalik tulis-tulisan itu nyata pelbagai. Ada yang menulis untuk berkongsi. Menulis sebagai mata pencarian. Menulis sebagai penegak kebenaran. Untuk melampiaskan perasaan. Menyatakan hasrat. Menulis sebagai medan pertempuran idea.”
“ apa pun ia, menulis adalah satu proses yang mengubah sesuatu yang abstrak kepada yang lebih mampu difahami. Daripada sesuatu yang di awang-awangan, diikat ke tanah. Mempotretkan sesuatu  yang bakal hilang ditelan masa..”

Jadi aku cuba berkomunikasi dengan  setiap aksara tapi maaf tak mampu nak memperindahkannya. Then here we go ! sini lah tempat kedua luahan aku selain hati.

Luahan pertama termasuklah kepada Allah kerana Dialah Pendengar yang tak pernah tak dengar. 

the end of cerita gila aku.




Saturday, 10 October 2015

Kisah aku, kau,mereka juga dari DIA

Pap !
buku itu aku tutup. Alhamdulillah selesai sudah pembacaan aku.

Diam. Aku bersandar atas kerusi kayu di ruang tamu. Aku fikir panjang. Buku kali ni benar-benar buat aku fikir banyak. Susah untuk aku kata apa sebenarnya yang aku dapat dari buku ni. Nak kata buku dakwah, not literally. Macam penulis cakap pada awal pembacaan aku.

“Janganlah expect buku ni menjadi outstanding dan amazing sebab yang menulisnya pun sumpah nothing”.

 Tapi ada sesuatu buat aku terus jadi pendengar setiap kisah dia. Dia, penulis buku ni.
Lepas habis baca, aku rasa sumpah something instead of nothing. Yes, frankly speaking I’ve interested with him. Ok bukan lah nak memuji dia pun, aku pun bukanlah familiar dengan penulis yang berdiri atas paksi anonymous ni tapi perhaps lah. Aku sangat suka the way he told every single topic in this book. Hati aku yang keras ni agak banyak terkesan dengan kisah-kisah dia di mana aku percaya sedikit sebanyak dari kisah perjalanan hidup dia sendiri. Cukup indah Allah aturkan bagi seorang hamba kalau seseorang itu celik hikmah.

Sekali lagi bukan nak mengagungkan dia. Cuma buat aku, aku suka bacaan yang tak begitu terikat dengan bahasa dakwah. Yakni tak begitu concentrate atas satu-satu hukum agama. Santai-santai. Soal kehidupan kita seorang traveler dunia sebagai hamba Dia. Tapi taklah bermakna aku tak suka bacaan soal ilmiah. Nak celik soal kehidupan dunia yang berpaksikan keredaan Dia mestilah tahu soal agama dulu kan. Akidah ibadah dan akhlak yang macam Allah kata sebuah pohon dalam surah Ibrahim (tak ingat ayat berapa) Bahkan ia penting seperti nyawa ke atas semua orang bergelar muslim dan mengaku beriman kepada Allah swt.

Aku bukanlah ulat buku pun yang selalu khatam satu buku dalam seminggu. Aku ni hanya pengumpul buku, bukan pembaca setia buku-buku. Cuma dari segi bacaan aku punya banyak buku tentang self-esteem menjadi seorang hamba, hamba yang Dia mahu itu menjadi yang bagaimana. Jadi ada masa kalau aku tertarik dengan satu buku tu in shaa Allah aku akan sangat puas hati sebab berjaya habiskan. Cukup rare buat diri sendiri.

Dan kerana buku terbaik aku selain al-Quran adalah kisah orang lain. Aku suka untuk tahu bagaimana Allah susun cantik cerita orang lain. Kadang, aku suka senyum sendiri bila berjalan di luar. Melihat kisah orang sekeliling. Kisah aku, mungkin sekejap bahagia, kemudian sedih, marah, kecewa, bahagia dan mungkin sedih balik.

Aku percaya bila orang selalu ulang,
“ setiap manusia ada kisah dia sendiri.”

Jadi disebabkan aku manusia, aku juga punya kisah sendiri, kisah aku, akulah hero akulah heroin. Dalam kisah aku, Allah datangkan watak sampingan. Kadang bawak peranan memberi bahagia buat aku ketawa jatuh cinta. Kadang bawak pengajaran dengan tangisan kekecewaan. Dan akhirnya aku lebih ingat siapa director cerita aku. DIA yang Berkuasa tentukan setiap jalan cerita aku. Sampai hari ni, cerita aku berjalan dan satu hari nanti akan berakhir. Pengharapan aku, pengakhiran yang happy ending. Tapi aku mungkin masih belum berjaya bawa peranan seperti yang Dia mahu. Aku masih mencuba cipta satu kisah indah buat Sang Pencipta. Aku, taknak cuba. Aku usaha !.

“Pandanglah kebaikan dalam setiap keburukan. Sebab seburuk-buruk sesuatu ada baiknya”

Pada yang tak kenal manusia digelar mato ni, pergilah. At least dengar cerita yang dia rakam dalam buku ni.